Friday, October 9, 2009

WAJAH KESAYANGAN HAMBA

 

Snik1220670Snik1220743

ini gambar terbaru mak dan abah masa raya hari tu. cantik tak? ini lah sebahagian wajah wajah kesayangan hamba. ada lagi tawwww. aku amat suka yang belah kanan. abah nampak muda..hiks hiks

s

Snik1220653

yang t shirt kaler coklat ni adik lelaki tunggal aku, syuk. susah tul nak candid gambo dia. pasal tak hensem tu yg susah gambo nak lekat kat dia. hiks..hiks.. yang kanan ini plak adik bungsu aku. nani..very da glamer ko dik aku letak wajah ko kat sini. kang ada plak lagi org kacau blog aku ni. aku tembak kang..pung pang pung pang..kekeke

Snik1220666  Snik1220665

ni plak adik aku, siti dan suami dia dafi. kenapa anak diaorg tak mo bergambar sama aku kurang pasti. biasa la kanak kanak ni ade mood. kalau kita ade bagai mood ape lagi la si budak kecik kan..huks huks.

Snik1220769ini lah dia buah hati kesayangan aku yang 3 orang tu. tahun ni kami nye konsep HIJAU wuiii..aku tak berapa masyukkk kaler nih so gambo aku kena abaikan.hiks..hiks..

JENG JENG JENG…

Pini lah dia wajah yang tak pernah dapat aku lupakan. he’s my husband known as P cukup lah kan! 

Thursday, October 8, 2009

I’m addicted!

farm

sejak beberapa bulan yg lepas aku dah terjebak bikin ladang @ FARMVILLE. ada sesapa segila aku tak? previously aku gila ber MAFIA WARS. ni dah terjangkit virus FV plak. mana ini game mari? kat FACEBOOK la mana lagi kan..kweng kweng kweng

sampai suami aku kata, apa la faedah layan benda nih…kekekeke dia tak tau nak play play the FV..hiks hiks hiks..sekarang plak aku dah perturunkan semua ilmu yang ada ni kat anak aku yg no 2 iaitu si M. M memang berbakat untuk mewarisi kehebatan aku diladang..huhuhuhu..time aku sibuk tu si M la tolong petik ke, tanam benih ke, bajak ladang ke..syokkkkkk woooo play play ini FV..ada brannnnn ka..kat bawah ni ler FV aku.

farm1yang paling best tentang FV ni kita leh ade jiran tetangga wehh. leh la usha usha ladang org lain..hiks..hiks..ade cantik ke idok. boleh tinggal message kat sign board ladang jiran kita tu..syokkkk kan..aku ada la dah sampai level 33. bila dah byk properties mula la aku malas nak jenguk. infact tanaman pun ade yg jenis 2 3 4 hari sapa yg ala ala malas tu leh swing 4 hari terus la. tak la selalu nak lepak ladang..kekekeke..

bagi sesapa yg belum terjebak..sila lah jebakkan diri anda dalam kadar segera!

Wednesday, October 7, 2009

Your big opportunity may be right where you are now

op

aku kerap teringat sapa la empunye ayat nih tapi memang cukup memberi bekas kat hati aku. ironinya sampai ke waktu ini apa yg dikatakan peluang besar tuh masih aku usahakan, namun hasilnya blom la nampak besar..ala ala nak beso then kecik balik.adeuhai..bak kata pepatah la bukan senang nak senang kan! tapi senang je kalau nak susah.adesss apa aku meraban sebenarnya.

sebenarnya aku terkejut beso bila si S kata dia nak berhenti keja. memang drastik bunyinya tapi aku rasa fikiran dia sedang berkecamuk. ten dah le baru lepas bersalin, baru lak lepas pantang. dalam pada tu plak nak berulang alik keja dari seremban nun ke kl. kalah aku yang dok kat bangi keja kat kl.office aku ngan dia kira jiran sebelah je. tapi tu la aku kasi 1% nasihat masa dia dtg umah aku last week. jgn la terburu berhenti kerja. kita pompuan ni memang la sensitif jadinya bilamana lepas bersalin bagai. itu semangat sendiri mau kasi naik. kalau kita malas pandanglah mata insan2x yang tersayang..suami kita ke..anak2x kita ke..adakah kita dah berusaha sedaya mampu? kadang semua tu aku tujukan sendiri kat diri aku nih. aku pun sampai waktu ni masih tetap bekerja, sebabnya aku nak gak kerja even suami aku pernah suruh berhenti bila anak dah masuk 2 org dulu. sampai la sekarang anak aku dah 3 org, aku tetap nak kerja. kata org kalau kita pompuan ni kerja sendiri, senang wehhh.tak la kita mengharapkan duit suami kita WALAUPUN suami kita mampu beri nafkah. kadang duit kita nak beri kat parents kita, tak la rasa semacam kan kalau nak mintak kat suami kita. motifnya apa yang aku cerita ni kira, seseorang pompuan@wanita@isteri@ibu yg bekerja byk kelebihan tau! yang penting pandai jaga diri kerana syurga tu dibawah telapak kaki suami. aku tetap bersyukur selama ini kehidupan aku yg serba sederhana, kerana kalau kita ni ibarat semuanya cukup, berigatlah kerana bila2x masa Allah akan memberi ujian! pernah nampak tak syurga kat bawah tapak kaki suami?kaki

untuk S : sabar dan lebih tabah lah dalam mengharungi hidup ini, ada kalanya kita diatas dan sabarlah ketika berada dibawah!

SAKIT PERUT..

Picture0002

aduhai..ni yang paling aku kureng berkenan wehhh..sakit perut lagi..padahal aku tarak makan lagi b’fast yang aku beli pagi tadi iaitu nasi goreng + rendang kerang. ia bakal jadi menu lunch aku la kejap lagi dalam kul 1 gitu gitu. sebab musababnya pagi tadi aku ada la terlewat 1/2 jam masuk office.urusan kat atm hlb ape ke jadah tak leh terima cash deposit lak. duit terlipat lah, kena masukkan balik la..fed up tul! itu la selalu aku tak suka guna cash deposit machine tuh, aku lebih suka transfer dari m2u je senang..jimat peluh..wawawawa..keja aku dah la byk pending dek kerakusan bercuti raya seminggu lepas, sampai ke hari ni blom settle lagi..adessss…M beso tu selalu kacau aku wehhh..

Picture0003

alkisah sakit perut aku ni ape la penyebabnya ek? semalam balik kerja dapat lak habuan makan dari jiran sebelah. mee sup! patut ke tak aku terima?so aku terima je la kan, rezeki jgn ditolak! malahan aku yang menyentalnya itu mee sup. balik kerja semalam anak2x request tuk aku masak telur kari. perghhh sekali ngan laki aku ler..sebabnya mcm jemu lak makan ayam/ikan/daging. lagipun open house punye la ramai kawan jemput.makan memang tak henti..kekekeke

malam tadi aku terlena la sebab makan panadol actifast dek balance sakit kepala aku tuh..walaupun sakit perut dari malam sebab aku dah tertidur so qada sakit perut tu bersambung pagi nih.sudahnya aku kat office dok kuar masuk toilet je kejanya. memang seksa woo kalau sakit perut. ni dah bukan kategori c**i*, kosong dah perut aku nih! letih!

Tuesday, October 6, 2009

WELCOME TO ME!

 

Picture0003

aduhai..sound weird hah..ape ke jadahnya "welcome to me" ek?

aku seme-mangnya dah terpaut semula kat kerja-kerja menaip di blog. alkisah sejarahnya aku dulu pernah ade blog, tahun 2004 start till early this year..lama towww, tapi dek kerakusan manusia yang bertopengkan talam..aku terpaksa delete blog lama aku tuh..memang ler dalam donia ni ramai yg rambut perang tapi hati lain-lain lorrr..apa mau bikin..aku tak kisah pun. tapi sejak 2 3 menjak ni aku dah mula melepak kat blog KAK RED..aduhai mulalah alkisahnya aku nak membikin blog baru. dan dengan azam baru yang kengkonon ni aku nak KAK RED merasmikan blog aku..cehhh..ade ke KAK RED tu mau ek kalau aku jemput dia merasmikan blog aku? glamer siot KR nih tapi aku tak la mahu dituduh giler numpang glamer KR..aku cuma nak ambik berkat, mana tau kan kot ade rezeki leh arr aku jadi macam dia..wahhh..statement tanpa tapisan nih! anyway aku dah cuba mengcontact KR kot dia balas ade la rezeki aku kot dia boleh rasmikan blog aku nih. cara perasmian pattern ape ek kalau nak merasmikan blog ni? giler haper aku nih..adessss...tak la kot...kekekeke..apa apa pun aku tunggu KR reply aku dulu. semoga dapat balasan dan dapat la KR rasmikan blog aku secepat mungkin. camne kaedahnya ye KR nak rasmikan blog aku? aku tak kisah lah, dalam bentuk tulisan ke, online kad ke..janji aku nak, KR rasmikan! uwaaaa..rasa nak nangis plak wehhh! dan harapan aku blog ini dapat dirasmikan esok bersamaan 7 oktober 2009. ada sesuatu yang amat penting pada tarikh tersebut. itu aku akan cerita di entry akan datang la yer..sabarrrrrrrrrrrr!

first entry ni aku bikin kat office, tengah kengkonon nak rest kejap ler..godek punyek godek hampir 2 jam gaks aku membikin itu ini. siap mengedit html yg semakin aku lupa wehhh..dulu aku terror gak bikin 2 column ke 3 column ke, tukar layout colour la, memacam aku godek2x kat "edit html" tu..la ni aku nye otak karat balik. so aku ngan bangganya ambik layout dari FinalSense tanpa mengedit satu haper pun..terimalah seadanya wahai donia..aku kembali ke alam blog...welcome to me!